‘Masyarakat Islam yang beriman tidak bertindak melulu’ – Raveentharan

July 17, 2009

BATU UBAN, 17 Julai (Hrkh)- Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Uban, Raveentharan a/l V. Subramaniam melakar sejarah tersendiri apabila menjadi Adun bukan Islam pertama sebagai penaung Majlis Tilawah Al-Quran dan Azan anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Batu Uban dan Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeADILan) Cabang Bukit Gelugor baru-baru ini.

Read the rest of this entry »


Enggan tunai janji: Sah Umno perbodoh pengundi Manek Urai

July 16, 2009

KOTA BHARU, 16 Julai (Hrkh) – Sahlah pengundi di Manek Urai diperbodoh Umno apabila janji mahu membina jambatan merentangi Sungai Lebir bernilai RM7 juta kini ditarik balik.

Perkara itu diakui Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Mustapa Mohamed apabila menyebut kerajaan pusat tidak terikat dengan janji menjadikan Manek Urai anak emas dan membina jambatan bernilai RM7 juta.

Read the rest of this entry »


Tubuh Suruhanjaya Bebas siasat kematian Su Politik Exco Selangor dalam tahanan SPRM – Mahfuz

July 16, 2009

SEREMBAN, 16 Julai (Hrkh) – Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar menggesa satu Suruhanjaya Bebas ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah semasa dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Read the rest of this entry »


Ribuan Juta Wang Rakyat Dimusnahkan Oleh UMNO/BN

July 10, 2009

UMNO sejak zaman pemerintahan Mahathir Mohamad telah membazirkan berbillion ringgit wang rakyat apabila pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mula dilaksanakan pada 2003. Dasar PPSMI jelas satu dasar yang amat silap dan lebih kepada agenda memberi keuntungan kepada para kroni.

- Bekal Laptop ke sekolah = Ada menteri jadi jutawan
- Bekal perisian =  Ada menteri jadi hartawan
- Service computer = Ada kroni kaut keuntungan
- Sediakan latihan = Ada induvidu sedut komisen

Read the rest of this entry »


Pemansuhan PPSMI, hasil perjuangan rakyat

July 9, 2009

Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengalu-alukan tindakan pihak kerajaan memansuhkan dasar PPSMI yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran sejak dari tahun 2003.

Tindakan pemansuhan ini adalah juga hasil dari kempen berterusan dan perjuangan yang dilakukan oleh pihak pejuang bahasa, pakar pendidikan, pengkaji, ibubapa pelajar, badan-badan bukan kerajaan (NGO), parti politik seperti PAS dan pelbagai lapisan masyarakat.

Read the rest of this entry »


Manek Urai: Gambar Sekitar Ceramah Di Cucuh Puteri…

July 9, 2009
Semalam, satu program ceramah yang melibatkan DS Anwar Ibrahim, Dato’ Husam Musa dan juga TG Nik Abdul Aziz berlangsung di Cucuh Puteri, Manek Urai. agak memberangsangkan apabila lokasi ceramah yang jauh di pedalaman lebih kurang 15km dari jalan utama berjaya mengumpulkan sejumlah hampir 3000 pengunjung untuk mendengar ceramah dari penceramah jemputan.

Aku sampai agak lewat lebih kurang jam 10:30 malam sebab terpaksa ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa menunggu ketibaan DSAI, kemudian bergegas ke Pulai Chondong untuk solat isyak, kemudian ke Manek Urai pula untuk program ceramah ini.

Masa aku sampai, Dato’ Husam tengah berceramah. cukup berapi… audience dijamu dengan beberapa siri penerangan tentang pencabulan yang telah dilakukan oleh KERAjaan Pusat terhadap negeri Kelantan.

Isu royalti minyak Kelantan juga dijelaskan oleh Dato’ Husam dan selepas itu disambung dan dijelaskan lagi oleh DSAI kemudiannya.

Majlis ceramah diakhiri oleh TGNA dengan ucapan dan penerangan TGNA terhadap beberapa isu yang dimainkan oleh media UMNgOk/Barisan Nasiyonal lebih-lebih lagi tentang pelaksanaan ajaran Islam. perbezaan-perbezaan antara perjuangan PAS dan UMNgOk juga dijelaskan oleh TGNA.

Jelas TGNA, perjuangan UMNgOk berpaksi kepada perjuangan “KEBANGSAAN”, manakala PAS pula membawa perjuangan “AGAMA”.

Akhir kata, TGNA menyeru supaya bakal-bakal pengundi N-41 memilih PAS sebagai wadah perjuangan demi keadilan dan juga kesinambungan agama Islam di Malaysia.

Read the rest of this entry »


MU: Bui duit ambik,bui kertas undi pakoh bulan – TGNA

July 9, 2009


Pembunuhan umat Islam Uighur – PAS kesal dengan China

July 8, 2009

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Hrkh) - PAS menegur Kerajaan China dan tidak setuju dengan tindakan keras yang diambil sehingga berlaku tragedi pembunuhan terhadap etnik Islam di Wilayah Xinjiang.

Read the rest of this entry »


ANTARA RUMAH PENGUSAHA TEMPE DENGAN RUMAH TOK GURU (MB KELANTAN)!!

July 8, 2009

Di bawah ni dikhabokan ke seantero dunia…kununnye menginaplah seorang mantan MB negeri Selangor…


dan di bawah ini pula tinggallah seorang Tok Guru yang hampir 20 tahun memegang jawatan MB Kelantan…


Pikio-pikiolah yob..!!

Sumber Kopitiam bangnan blogspot


PM tidak jawab surat, rakyat keliru perjuangan Umno – Nik Aziz

July 8, 2009

KOTA BHARU, 7 Julai (Hrkh) – Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat masih mahu bersangka baik terhadap Dato’ Seri Najib Razak yang belum menjawab surat pelawaannya untuk berdebat secara terbuka berkaitan perjuangan parti itu.

Read the rest of this entry »


Liberalisasi ekonomi negara: Relevankah lagi Umno-BN?

July 8, 2009

DALAM menghadapi persaingan ekonomi global, kerajaan tidak dapat lari daripada mengubah beberapa polisinya. Jika perubahan tidak dibuat maka pelaburan asing tidak akan masuk ke negara kita. Contohnya, kerajaan Singapura yang mempunyai polisi ekonomi yang jauh lebih liberal daripada kita telah banyak mendahului negara dalam pelbagai sektor ekonomi.

Read the rest of this entry »


Kerajaan Kedah beri penjelasan lanjut isu roboh pusat sembelih khinzir

July 8, 2009
ALOR SETAR, 8 Julai (Hrkh) - Exco Kanan Kerajaan Kedah, Dato’ Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi Penjelasan pusat penyembelihan khinzir di Kampung Berjaya sebenarnya dirobohkan kerana berlakunya pelanggaran undang-undang. Read the rest of this entry »

‘Jendela’ dibuka, tetap istiqamah dengan dasar parti – Presiden PAS

July 8, 2009

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Hrkh) – Debat, hantar surat, menasihat, berdialog dan wacana adalah antara ‘jendela-jendela’ yang dibuka oleh PAS yang ada dalam amalan Nabi Muhammad s.a.w dalam menyampaikan risalah Islam.

Read the rest of this entry »


‘Tidak halang, cuma dipindahkan untuk keselesaan’- Mahfuz

July 6, 2009

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) – Kerajaan PAS Kedah tidak pernah sekali-kali melarang orang bukan Islam memakan, menternak atau menyembelih babi sebagaimana yang digambarkan oleh sesetengah pihak namun mengambil kira keselesaan, faktor kesihatan dan persekitaran sebagai keutamaan dalam melaksanakan sesuatu tindakan.

Read the rest of this entry »


Manek Urai: Pencalonan bermula,10 ribu iringi calon PAS

July 6, 2009

Terkini|Manek Urai, 6 Julai (Hrkh) - Seawal jam 7 pagi lebih 10,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat berkumpul di pekarangan Masjid Jauhar untuk memberikan sokongan kepada calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah dalam proses pencalonan yang sedang bermula ketika ini.

7.00 pagi: Penyokong PAS dan Pakatan Rakyat memenuhi pekarangan Masjid Jauhar.

7.35 pagi: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimami solat Hajat. Turut kelihatan pimpinan PAS yang diketuai Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar, Salahuddin Ayob dan Dato’ Mustafa Ali.

8.05 pagi: Perarakan calon PAS ke Pusat Penamaan Calon, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra sejauh 1.5 km bermula. Lebih 10,000 iringi calon PAS. Kelihatan pimpinan PAkatan Rakyat, Azmin Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim, Zuraidah Kamaruddin, Tan Siew Giaw dan Tian Chua.

8.45 pagi: Rombongan perarakan calon tiba di pusat penamaan.

8.50 pagi: Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah masuk ke dalam dewan diiringi pencadangnya,bekas Imam Kg Temalir, Idrus Jalal, 69 dan penyokongnya, seorang Guru, Abdul Halim Hamzah dari Kampung Latereh.

8.55 pagi: Calon Umno-BN, Tuan Abdul Aziz Tuan Mat masuk ke dalam dewan. Rombongan penyokong Umno-BN dianggarkan seramai 2,000. Turut kelihatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tengku Adnan Mansor, Dato’ Seri Shafei Apdal, Dato’ Mustafa Mohamad dan Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein.

9.45 pagi: Masa pencalonan masih dibuka jika masih ada pencalonan lain.

10.00 pagi: Tempoh mengemukakan borang pencalonan berakhir.Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin hanya menerima borang daripada Tuan Aziz Tuan Mat, 39, (BN) dan Mohd. Fauzi Abdullah, 50, (PAS).

10.05 pagi: Proses bantahan sedang berlangsung.

(Sila refresh untuk perkembangan terkini) – mks. _